13 Nov 2012

To The Beautiful You :)



Dan salam sejahtera :)

Akhirnya ezatee berkesempatan juga nak menaip ni . Yelah tak habis- habis promote giveaway yang baru ni . Hukhuk .. marila join .. pelbagai hadiah menarik telah disediakan, jom2x.. klik link ni 
http://nurulezateeob.blogspot.sg/2012/11/gergous-giveaway-by-nurul-ezatee.html
sempat lagi promote pulak kan :)

Okey sebenarnya ezatee nak cerita pasal satu drama korea yang best gila ni *bagi ezatee la. Tajuk dia To The Beautiful You .. Auww gojes punya cerita . Pelakon lelaki dia dahlah handsome2 belaka .. Tergugat iman , huhu :)







Dah tengok gambar2 dia ? Bagus ..

Okey sinopsis bagi cerita ni :

Sinopsis To The Beautiful You Episode 1 
Sinopsis To The Beautiful You Episode 5 Part 1 -- Part 2
Sinopsis To The Beautiful You Episode 8 Part 1  -- Part 2
Sinopsis To The Beautiful You Episode 12 Part 1 -- Part 2
Sinopsis To The Beautiful You Episode 13 Part 1 -- Part 2
Sinopsis To The Beautiful You Episode 16 (END) Part 1 -- Part 2


Pelakon - pelakonnya :

Kang Tae Joon:
* Choi Min Ho (SHINee)
* Anak tunggal
* Atlet lompat tinggi
* Menuntut di Genie High School
* Mempunyai perasaan sayang terhadap Goo Jae Hee
* Berjaya memperoleh pingat emas di Olimpik pada ketinggian 230 cm (rekod terbaik Tae Joon)
* Tidak boleh memaafkan ayahnya dan menyalahkan ayahnya atas kematian ibunya.
* Berhenti melompat setelah kematian ibunya
* Melompat kembali kerana Jae Hee
* Seorang sahabat yang pemaaf dan sentiasa memberi semangat
* Tidak sanggup berpisah dengan Jae Hee setelah mendapat tahu yang Jae Hee adalah seorang perempuan yang banyak berkorban deminya.

Goo Jae Hee:
# Choi Sulli (fx)
# Berasal dari United States
# Rapat dengan abang tirinya, Daniel Dawson
# Seorang yang tidak yakin pada diri sendiri dan berasa rendah diri sejak dari kecil
# Mempunyai keyakinan setelah melihat Tae Joon melompat di Olimpik
# Jae Hee ingin melihat Tae Joon melompat semula sehingga sanggup berpindah ke Korea untuk memberikan semangat kepada Tae Joon
# Mempunyai perasaan sayang terhadap Tae Joon dan tidak boleh berjauhan dengan Tae Joon
# Menganggap Cha Eun Gyeol sebagai sahabat baiknya

Cha Eun Gyeol:
> Lee Hyun Woo
> Seorang pemain bola sepak yang hebat malah terpilih untuk mewakili negara di Olimpik.
> Seorang yang happy go lucky dan sentiasa ceria
> Sering memuat naik gambar dan status terbaru di laman sosial Genie.
> Kadangkala tersalah taip ketika membuat status.
> Mempunyai perasaan sayang terhadap Jae hee walaupun mengetahui yang Jae Hee adalah seorang 'lelaki'
> Sanggup buat apa sahaja demi Jae Hee dan mencuba sedaya upaya nya untuk membuat Jae Hee gembira
> Tidak mampu membalas cinta terhadap Da Hae/Hong Dang Moo, sahabatnya sejak dari bangku sekolah yang kembali dari Amerika
>Menganggap dirinya menyukai lelaki apabila mengetahui perasaan sayangnya terhadap Jae Hee
> Berasa marah dan tertipu setelah mendapat tahu bahawa Jae Hee adalah seorang perempuan

Min Hyun Jae:
+Kang Ha Neul
+Berasal dari keluarga yang susah
+Seorang atlet lompat tinggi di Genie High School
+Mencemburui semuanya tentang Tae Joon. (kejayaannya dalam Olimpik, kekayaan, populariti dan kasih sayang yang diperolehi dari semua orang)
+Hyun Jae berpendapat bahawa Tae Joon tidak menghargai semua itu
+Bersungguh-sungguh untuk megalahkan Tae Joon
+Mementingkan diri sendiri dalam usaha mencapai cita-citanya
+Mempunyai seorang adik perempuan bernama Min Hyun Joo

Ha Seung Ri-sunbae:
~Seo Joon Young
~Ketua asrama 2.
~Ketua Kelab Olahraga di Genie High School
~Seorang yang berdisiplin, amanah dan bertanggungjawab
~Menaruh harapan terhadap Seol Han Na, gadis gimnastik di Serin High School
~Anak kepada seorang doktor
~Kelakar, aktif dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu tugas
~Tidak mudah berputus asa
~Seorang senior yang ‘protective’ and concern about his juniors.

Seol Han Na:
-Berasal dari keluarga yang sangat kaya
-Seorang gimnastik di Serin High School
-Menaruh hati pada Tae Joon sejak dari kecil
-Sentiasa bersama Tae Joon sejak dari kecil
-Seorang yang sombong dan manja
-Mencemburui Jae Hee kerana Tae Joon lebih mementingkan Jae Hee dari Han Na
-Mempunyai sikap mementingkan diri sendiri

Hong Da Hae:
: Nam Ji Hyeon
: Sahabat Eun Gyeol sejak dari bangku sekolah
: Berpindah ke Amerika Syarikat untuk tempoh yang lama
: Kembali ke Korea dan menyimpan perasaan terhadap Eun Gyeol
: Seorang pemain violin yang hebat
: Seorang yang cantik dan mempunyai personaliti yang menarik

Song Jong Min:
` Hwang Kwang Hee ( ZE:A)
`Seorang lelaki yang lembut
`Mempunyai perasaan terhadap Eun Gyeol
`Mencemburui Jae Hee sejak dari hari pertama Jae Hee tiba di Genie High School
`Sering mengenakan Jae Hee kerana Jae Hee rapat dengan Eun Gyeol
`Seorang yang sangat ceria dan kelakar
`Selalu memakai lip balm.
`Mempunyai kebolehan membaca kad tarot (which comes true in the drama)

Lelaki yang aku kata handsome gile tu . ni diaaa ...








Amacam ? 







No comments:

Post a Comment